Monday, December 5, 2011

Dengan nama Allah, aku berlindung dari syaitan yang direjam..

Bila hati aku sudah seolah nekad membuat keputusan, kenapa selalu muncul insan yang selalu membuatkan keputusan itu goyah. Hingga aku selalu terfikir untuk tidak menyatakan apa-apa dan lebih baik mengikut takdir. Tak tahu. Aku tak tahu takdir aku. Dengan dia? Masih ada lagikah perasaan sayang dulu? Mungkin dengan yang sorang tuh. Ehh.. Tak mungkin. Aku dah buang dia sejauh yang boleh. Aku pasti perasaan yang dulu tak akan berani muncul kembali.

Ikut kata hati dan perasaan yang kini, aku akan pilih yang sorang lagi nih. Walaupun awal dulu aku tepis habis-habisan segala kebarangkalian kami untuk bersama. Ya, aku sangat menolak dan menidakkan perasaan aku masa tuh. Walau semakin hari, semakin bercambah rasa syang. Tetap aku cuba sangkal. Berharap supaya perasaan itu sekadar mengisi hati yang sunyi hari ini. Bukan berterusan untuk hari esok. Tapi, kuasa Tuhan. Apa yang telah ditetapkan tak boleh aku nak ubah. Jadi, aku mengambil kira hikmah disebalik rencana Tuhan untuk hambanya.

Ya Tuhanku, kiranya kau takdirkan lelaki ini sebagai teman susah senang hidupku, permudahkan segala urusan menurut landasanmu. Peliharalah hati kami, jiwa kami, dan perbuatan kami, agar tidak pernah terpesong dari tuntutan agamaMu yang agung. Ya Allah Ya Rohim, jauhkan kami dari godaan syaitan. Yang selalu mahu menjatuhkan anak adam. berikan kami kekuatan hati, ketajaman fikiran dan kecerdasan yang berkekalan supaya segala tindakan tidak membelakangkan akal yang telah Engkau kurniakan.

Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon kepadamu, perkenankan doaku. Amin Ya Rabbal Alamin..

Wednesday, November 23, 2011

Imbasan - Chapter 1

"hai, jom kapel." ehh.. ko ingat aku anak ayam ke men ajak2 pakai denak je.. hahah.. menipu sangat kisah aku nih.. mana ada orang ajak gadis kewl macam haku nih pakai denak.. hahaha lagi.. ehh stop!

inilah cara budak yg BM dia dapat b3 masa SPM mengarang.. haha.. dulik ah x dapat A pon.. pandai mengeja ngn membaca cukuplah.. hahaha.. back 2 de topik.. i nak mengimbas lah nih.. kisah perchentaan ayam haku dulu2..

dulu kan, ada sorg mamat nih, suka gaduh2 ngn sahabat baik aku.. "eh, ikram kawen ngan anne lah". kata si mamat nih.. "ape pulak, ikram x kawen pon lagi ngan anne.. kan kakak anne x bagi" balas pulak si minah, kawan aku nih.. "pekejadah la budak ni".. aku pulak cakap.. punye la duk pungpangpungpang gaduh2.. ending dia baru tau gaduh pasal ape.. ala, pasal citer samarenda semalam.. caitt! memanglah topik pergaduhan dorg ni selalu bertopikkan citer tv semalam.. x senuhah sungguh.. haha.. tapi xpelah.. asal korang bahagia..

dalam duk mamat ngn minah ni gaduh2.. baru la aku perasan yang aku ni pemalu.. (boleh x?? haha). sebab aku x pernah pon nak bersembang ngan beliau nih.. aku bercakap pon cuma... "huarghhh~" (menguap macam badak air).. "ngantuk ke? nak gula2??" (gadis pemalu mengoffer).. hahaha.. betol.. 2 jelah word aku yang kua bila ngn mamat nih... sampai satu tahap dek selalu sangat cam2, mamat nih x mintak or bagi hint (nguap macam badak air) dah.. terus je curi beg sekolah aku curik gula2 dalam tuh.. hahaha.. (okeh, sambil menaip sambil senyum dan sambil sedih) T_T.. gitulah selalu2 punya aktiviti aku kat sekolah..

sampai lah bila dah baik2 malu2 gitu, mamat nih tetiba datang kat aku, tanya.. "nik, farah 2 cantik x??".. wut thee...?? kata hati ku.. "eh, mestilah cantik.. en.mamat suka kat die ke?? eh, ok sangat.. dah la pandai memasak, pandai menjahit..." kataku dengan keikhlasan yg ala-ala je.. hahah! tersentap ati mak.. igtkan nk cakap, dia suka kite.. rupenye x! haha.. malu pulak dengan diri sendiri ketika itu.. perasan2..

elleh.. tapi kata tau.. awak suka kita kan?? saja cari topik nk berbual buat2 tanya pasal classmate kita yg 2.. kita tau.. kita tau.. (x boleh terima hakikat.. haha) eh, tapi memang awak suka kita kan.. pas abis sekolah awak cakap suka kat kita.. pas2 kita blushing2 je.. bila awak slalu tanya kita suka kat awk ke x, kita pon jawap "a'ah".. hahaha.. kewl lagi.. hahaahahhaha..

=p

eh, saya mmg suka awak pon.. ada masalah?? hahaha.. alah.. benci3!!! -_-"

Tuesday, November 22, 2011

Saya Sayang Awak, Sila Nikahi Saya!

Hee.. Cool x bila ada orang cakap macam kat tajuk tuh.. Especially orang tuh pompuan giteww~ Mestilah cool kan?? Mesti cool.. Mesti!

Wihuuu3!! Cool lah! >.<"

Gila.

Tuesday, November 15, 2011

Tak Mungkin Kerana Sayang..

Selama 25 tahun aku hidup, tak pernah terfikir untuk menyakiti hati kawan.. kalau ada yang terasa pun, berlaku tanpa sengaja.. tanpa sedikit pun niat dekat hati ni.. kalau memang terniat pun, bukan sebab suka2 nak sakiti.. tapi sebab nak mereka sedari kesilapan sebelum terlambat dan menyesal.. jadi wajarlah percakapan aku tuh penuh penegasan.. hee..

Tapi, sekarang, bila sorang kawan ak tuh cakap sakit hati dan kecewa dia atas perbuatan aku, aku rasa lelah.. aku rasa dada bagai dihempap.. aku x tenang untuk bernafas.. tersangkut.. aku mudah rasa sebak bila fikirkan dia.. bila aku bayangkan hati dia.. mesti sakit.. sebab dah lama dia simpan hasrat untuk bersama.. sabar, tabah.. sikit pun x pernah merungut perangai haramm aku.. sebolehnya die cuba untuk faham jiwa dan kepala aku yang lebih keras dari batu.. aku rasa sangat sebak bila teringatkan pengorbanan dia.. sekali pun x pernah merungut bila terpaksa berlelah cari duit untuk aku berhibur dengan kawan-kawan sekampus.. kejamnya aku.. tapi bila aku fikir, macam mana aku nak bahagiakan dia kalau hati ni bukan lagi miliknya..

Hati ni bukan milik sesiapa tapi ak sangat pasti bukan lagi untuk dia biar die menanti 10 tahun lagi.. aku sangat pasti.. tak tahu kenapa.. rasa sayang bila dia pergi, tapi kenapa x boleh kembali bersama.. aku sendiri pelik.. kadang terasa nak berfikiran kuno orang tua dulu.. mungkin ada orang x puas hati dengan kami terus bomohkan supaya kitorang tak kan ada peluang bersama.. merepek! tapi serius, kadang2 aku terfikir macam tuh.. sebab aku xda alasan pun untuk membenci.. tapi itu yang aku rasa bila dengan dia.. maaf.

Sunday, November 6, 2011

Buatlah Keputusan..

Saya suka awak!
Tapi.. awak ada dia yang masih merindu.. dan dia sahabat saya..

Saya suka awak!
Tapi.. saya masih ada seorang teman yang masih setia menunggu.. dan dia sahabat saya..

Saya suka awak!
Tapi.. dekat sana ada seorang budak yang datang mengadu rindu.. dan dia sahabat saya..

Saya suka awak!
Saya nak kahwin dengan awak!
Saya nak jaga awak!

Tapi saya tahu saya tak mampu meminggirkan perasaan mereka yang kat atas tu.. sebab mereka sahabat saya..

Saya memang suka awak!!!

Thursday, October 27, 2011

Selalu.

Selalu Aku tersepit di antara ruang Kau dan Dia. Selalu Aku menangis bila cemuhan itu milik Aku sepenuhnya. Selalu Aku lemah tiada daya berfikir bila yang menangis di sana adalah Dia. Selalu aku bingung berfikir siapa punya hati yang patut Aku jaga. Selalu Aku tewas sendiri tiada siapa peduli bila hati tercedera untuk kebahagiaan Dia, biar Kau tidak Aku pilih untuk jaga. Dan selalu Aku melangkah tiada hala bila selalu sahaja orang bertanya semula "kenapa selalu?". Sebab sudah selalu aku menjadi perempuan itu dalam setiap cerita. Jadi Mereka pilih untuk memilih yang 'selalu' itu sebagai penyebab duka... Akur.